KUALA LUMPUR, 10 Januari-Penduduk Kuala Lumpur dan kawasan sekitar berpeluang menjelaskan bayaran saman trafik dengan potongan sehingga separuh harga.
Program bermula hari ini sehingga Jumaat.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh,bayaran boleh dibuat di Balai Polis Trafik jalan Tun H.S Lee antara pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Diskaun melibatkan semua kesalahan trafik kecuali sembilan kesalahan utama.
Ini termasuk kesalahan tidak boleh dikompaun, berstatus perbicaraan dan memandu di lorong kecemasan.
(Polis Trafik KL tawar potongan harga 50 peratus bayaran saman trafik bermula hari
ini sehingga Jumaat/FOTO RTM)