fb fb fb fb fb

Polis Kelantan terima aduan pencerobohan hutan


KOTA BHARU, 27 Januari - Polis Kelantan mengesahkan menerima beberapa aduan daripada pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga penduduk di Gua Musang berkaitan pencerobohan hutan di negeri itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan laporan itu pihaknya telah mengerahkan anggota keselamatan untuk tampil membantu penduduk yang terkesan.

Katanya sebahagian laporan tersebut turut dirujuk kepada agensi berkaitan berikutan ia melibatkan pencerobohan hutan.

"Ini siasatan pihak polis sekarang ni dengan agensi-agensi lain, sebab ini melibatkan pencerobohan hutan. Mungkin ada unsur lain. Jadi ada sebahagian laporan-laporan ini dirujuk pada agensi berkenaan jadi polis akan menyiasat jika ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya," kata Shafien dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Op Selamat 17/2022 Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Tunjong, di sini.

Dalam perkembangan lain Shafien berkata, pihaknya memohon kerjasama pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan ini dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan.

Untuk rekod, menerusi op selamat siri ke-16 pada tahun 2020 jumlah kemalangan menunjukkan sedikit peningkatan dengan 498 kes berbanding tahun sebelumnya 495 kes.

 

Media Baharu