fb fb fb fb fb

Polis Kelantan jalani latihan dalam perkhidmatan kali kedua, persediaan jika PRU15 dijalankan ketika banjir

(Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun bercakap pada sidang media di Kota Bharu,
hari ini)

KOTA BHARU, 19 Oktober - Pegawai dan anggota polis Kelantan menjalani latihan dalam perkhidmatan untuk kali kedua sebagai persediaan jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijalankan ketika banjir.

Jelas Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya turut melakukan simulasi serta mengadakan seminar bagi memastikan anggota yang bertugas termasuk di lapangan lebih bersedia.

"Apa pun perancangan itu telah dibuat dan mesyuarat dari masa ke semasa akan dibuat dan pegawai-pegawai daripada IPK telah dihantar ke daerah-daerah untuk latihan dalam perkhidmatan, saya percaya dengan apa yang telah kita buat ini, kita telah bersiap sedia, ia untuk menghadapi pilihanraya kalau di musim bencana sekali pun," kata beliau pada sidang media, di sini hari ini.


(Foto fail)

Pada masa sama, Muhamad Zaki turut memaklumkan bagi melicinkan perjalanan PRU kali ini pihaknya turut mendapat kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA).

Seramai 5,000 pegawai dan anggota telah diletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi memastikan perjalanan PRU di negeri itu berjalan lancar.

Media Baharu