fb fb fb fb fb

Polis dan JPV siasat punca kematian 15 kucing mati, disyaki diracun

KUALA TERENGGANU, 7 Mac- Satu pasukan operasi Unit Kebajikan Haiwan dan Penguatkuasa Veterinar Negeri telah digerakan untuk melakukan siasatan dilapangan berhubung laporan berkenaan kucing mati disyaki diracun.

Hasil siasatan mendapati terdapat 15 ekor bangkai kucing dari pelbagai umur, jantina dan warna dilokasi kejadian.

Pengarah JPV negeri Dr Anun Man berkata Post Mortem telah dilaksanakan dan sampel telah dihantar ke makmal untuk tujuan analisa kimia dan diagnostik.

"Kertas siasatan dibuka dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) bagi menjalankan siasatan yang lebih terperinci berkenaan aduan tersebut,

"Kesalahan dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 ini boleh dikenakan hukuman maksima sehingga 3 tahun penjara atau denda maksima sehingga 100 ribu ringgit," jelasnya dalam satu kenyataan.

(Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan dipercayai akibat diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang hari ini. - Foto media sosial/Twitter)

Dalam pada itu Polis sedang menyiasat insiden 20 ekor kucing mati dipercayai diracun dalam kejadian di kawasan peranginan sekitar Pantai Bukit Keluang, Besut semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan Khianat ke atas Binatang yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau atau kedua-duanya sekali.

"Kami ada menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan sekitar 10 pagi memaklumkan mengenai kejadian itu,

"Siasatan awal mendapati terdapat beberapa ekor kucing mati di sekitar pantai tersebut dimana dua daripadanya mati berdekatan pesisiran pantai manakala 13 ekor lagi mati di atas tanah berdekatan pokok-pokok," katanya.

Kata Abdul Rozak lagi, pengadu percaya kematian kucing-kucing itu berpunca daripada perbuatan kianat oleh individu atau kumpulan tidak bertanggung jawab.

15 ekor kucing telah mati manakala dua ekor kucing masih hidup namun dalam keadaan kesakitan.

Media Baharu