fb fb fb fb fb

PNB perlu utamakan kepentingan nasional, Bumiputera - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam kenyataan media hari ini. - Foto BERNAMA.

PUTRAJAYA, 30 Ogos - Permodalan Nasional Berhad (PNB) diingatkan agar terus mengutamakan kepentingan nasional dan Bumiputera dalam setiap keputusan pelaburan, khususnya membabitkan aset strategik negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan media hari ini menegaskan, PNB perlu mengekalkan peranan serta pegangan dalam aset strategik demi memastikan kepentingan pemegang unit sentiasa dilindungi.

Beliau berkata, semakan strategik PNB terhadap pelaburannya dalam Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) tidak wajar diteruskan, sekiranya ia menjejaskan kedudukan pemegang unit.

Langkah sedemikian juga boleh memberi kesan negatif terhadap usaha PNB menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

TUN JULIA MOHD TAHIR