fb fb fb fb fb

 PMR 2024 Sarawakku Sayang : KSU Kementerian Komunikasi singgah DJ CORNER MIRIfm

FOTO RTM

MIRI, 28 September- Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi MD Isa hari ini mengadakan lawatan ke DJ CORNER MIRIfm Sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Sarawakku Sayang.

Beliau yang tiba sekitar pukul 1 tengah hari tadi turut beramah mesra dengan kakitangan RTM Miri sambil diiringi oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Helmy Hamid dan Pengarah Penyiaran Sarawak Wan Azhan Wan Hamat.

Turut mengiring beliau Pengurus Stesen RTM Miri, Saiful Arini.

Kementerian Komunikasi merupakan antara Jawatankuasa Induk kepada penganjuran Program Malaysia MADANI 2024 Sarawakku Sayang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE