fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

(Foto FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 11 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Tuanku Sultan dan Tengku Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar (tenang) memerintah rakyat Selangor Darul Ehsan dengan adil dan saksama,” katanya menerusi perkongsian dalam Facebook rasminya.

Anwar berkata beliau serta rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.

"Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

“Dirgahayu Tuanku,” katanya. 

Sultan Selangor (tengah), Tengku Permaisuri Selangor (kanan) dan Raja Muda Selangor (kiri) berkenan berangkat pada Istiadat Pengurniaan
Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena Hari Ulang Tahun
Hari Keputeraan Yang ke-77 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
di Balairung Istana Alam Shah Klang/ BERNAMA)

Media Baharu