fb fb fb fb fb

Dua beradik lemas, seorang selamat di Pantai Chenang

 (Salah seorang mangsa lemas di Pantai Chenang)

LANGKAWI, 11 Disember- Dua ditemukan lemas, manakala seorang lagi selamat ketika melakukan aktiviti air di Pantai Chenang, di sini, malam tadi.

Mayat dua mangsa yang juga adik-beradik iaitu R. Juwaras, 22, dan abangnya, R.Ravishangkar, 26, ditemukan berhampiran lokasi mereka dilaporkan hilang.

Ketua Bomba Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, seorang lagi mangsa berusia 26 tahun berjaya diselamatkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kejadian pada pukul 7.38 malam.

"Mangsa kedua ditemukan di pesisir pantai sekitar satu kilometer dari Dataran Chenang pada pukul 8.40 malam, manakala mangsa ketiga ditemukan tidak jauh daripada lokasi mangsa pertama pada pukul 12.40 tengah malam tadi," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Zamri berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.40 pagi tadi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

(Kegembiraan tiga pelancong berakhir tragedi apabila dua ditemukan lemas dan
seorang selamat di Pantai Chenang)

 

Media Baharu