fb fb fb fb fb

Op Benteng: Empat PATI ditahan di sempadan Malaysia-Thailand

KUALA NERANG, 11 Disember-Empat pendatang tanpa izin (PATI) ditahan selepas cuba memasuki Malaysia menggunakan laluan tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand.

PATI berusia 16 hingga 38 tahun tersebut memasuki negara dengan menunggang motosikal bernombor pendaftaran Thailand.

Markas Divisyen Kedua Infantri 2 Divisyen dalam kenyatan memaklumkan, kesemua PATI lelaki, warganegara Thailand itu ditahan dalam sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

(Empat Pendatang tanpa Izin (PATI) ditahan ketika cuba memasuki sempadan Malaysia-Thailand)

Menyedari kehadiran pasukan beroperasi, kesemua PATI bertindak melarikan diri.

Mereka bagaimanapun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan memasuki negara melalui laluan haram.

Turut dirampas, dua buah motosikal, sebuah telefon bimbit, sebuah tablet dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM4,000

Kesemua PATI diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Nerang untuk siasatan lanjut.

Media Baharu