fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah kepada Perdana Menteri baharu Thailand

Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kegembiraan selepas menghubungi Perdana Menteri Thailand baharu, Anutin Charnvirakul, petang tadi. Foto- Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Anutin Charnvirakul atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

Dalam hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata, beliau telah menghubungi Anutin lewat petang tadi dan menzahirkan kegembiraan kerana pemimpin itu merupakan sahabat lama yang sentiasa bersamanya sewaktu susah dan senang.

Beliau turut menjemput Anutin untuk mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu penting termasuk pengukuhan hubungan dua hala, perkembangan di sempadan Thailand-Kemboja serta kerjasama ASEAN.

“Perdana Menteri Anutin memaklumkan upacara angkat sumpah akan berlangsung dalam tempoh seminggu dan beliau menantikan peluang untuk berjumpa saya sejurus selepas itu,” katanya.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN