fb fb fb fb fb

PM 'turun padang' ke Bazar Ramadan Pasar Awam Seberang Jaya

Anwar Ibrahim di Bazar Ramadan Pasar Awam Seberang Jaya hari ini

SEBERANG JAYA, 5 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk Program Walkabout di Bazar Ramadan Pasar Awam Seberang Jaya, di sini, Pulau Pinang, petang tadi.

Menerusi program tersebut, beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di bazar terbabit.

Beliau tiba ke program berkenaan sekitar pukul 6.05 petang.

Selesai program tersebut, beliau bergerak ke Majlis berbuka Puasa Madani Peringkat Pulau Pinang di UITM Permatang Pauh yang merupakan destinasi terakhir program bersama Perdana Menteri di Pulau Pinang.

Hadir mengiringi beliau, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

SITI AISHAH MD ISA