fb fb fb fb fb

PM Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan kerja

(Srettha Thavisin)

SEPANG, 11 Oktober- Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk lawatan kerja di Malaysia selama dua hari, sehingga esok.

Ketibaan beliau pada pukul 11.15 pagi itu turut diiringi pegawai kanan kerajaan dan delegasi Thailand.

Sejurus tiba, beliau memulakan lawatan dengan menghadap Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Pada sebelah petang, beliau dijadual mengadakan pertemuan empat mata, Mesyuarat Bilateral dan Sidang Media Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Pada malam ini pula, Srettha Thavisin dijadual menghadiri Acara Makan Malam di Kompleks Sri Perdana Putrajaya yang akan dihoskan oleh Anwar.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 5 September lalu.

Ia antara lawatan penting kedua-dua negara sebagai medium pertemuan peringkat tertinggi bagi membincangkan pelbagai isu dua hala serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama.

Pada tahun 2022, Thailand menjadi rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dan ketiga terbesar ASEAN dengan jumlah dagangan sebanyak RM122.03 bilion, peningkatan sebanyak 17.9 peratus berbanding RM97.55 bilion pada 2021.

(Srettha Thavisin)

Media Baharu