fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan DPIM, bincang pembangunan ekonomi

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Beliau menerusi hantaran Facebook memaklumkan lawatan itu diketuai Presiden DPIM Datuk Mohammad Sahar Mat Din dan membincangkan berkenaan cadangan berkaitan pembangunan ekonomi.

"Dalam pertemuan ini, kami sempat membincangkan beberapa cadangan terkait inisiatif pembangunan ekonomi mencakupi konsep wakaf dan penggunaan kecerdasan buatan.

"Saya hargai cadangan dikemukakan DPIM yang selari dengan hasrat Kerajaan supaya Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 mendapat suntikan idea-idea bernas dan sokongan pelaksanaan daripada pemain industri seperti dewan-dewan perniagaan dan perdagangan," menurut hantaran itu.

DPIM ditubuhkan pada 1993 bermatlamat untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan peniaga dan pengusaha Muslim demi kepentingan serta faedah ekonomi Islam.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI