SELANGOR, 2 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menunaikan solat Jumaat bersama 1,000 jemaah di Masjid Prima Saujana, Kuala Langat.
Sebelum itu, beliau bersama para jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Bekerja Dengan Iman, Berkhidmat Dengan Amanah’, yang disampaikan khatib Ustaz Abdul Mujib Abdul Rahim bersempena Hari Pekerja semalam.
Usai menunaikan solat, beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit beramah mesra dan bergambar bersama jemaah yang hadir sebelum meninggalkan perkarangan masjid pada pukul 2.20 petang.