fb fb fb fb fb

Pemaparan harga ubat cegah manipulasi harga

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam

PUTRAJAYA, 2 Mei – Pelaksanaan perintah pemaparan harga ubat yang dikuatkuasakan semalam dijangka mampu mencegah sebarang manipulasi harga oleh penyedia perkhidmatan kesihatan swasta.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, pihaknya percaya pemain industri farmasi dan fasiliti kesihatan swasta di negara ini bersikap matang serta bertanggungjawab.

“Kita tidak pernah mencadangkan kawalan harga ubat. Klinik, farmasi atau fasiliti lain bebas menetapkan harga, namun mereka diwajibkan memaparkannya,” katanya.

Jelas beliau, ketelusan harga membolehkan pengguna membuat pilihan bijak tanpa berlaku pemindahan kos tersembunyi, sekali gus memastikan pasaran kekal beretika dan kompetitif.

Datuk Azman berkata demikian ketika Taklimat Media Inisiatif Pemaparan Harga Ubat di Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI