fb fb fb fb fb

PM seru rakyat semai perpaduan dan semangat kekitaan sempena Deepavali

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Oktober -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar terus memupuk semangat saling menghormati dan persefahaman sempena sambutan Deepavali tahun ini.

Dalam hantaran di laman Facebook rasminya, beliau mengajak seluruh rakyat agar menggunakan kesempatan ini untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan, dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara.

"Moga perayaan Deepavali kali ini diraikan dengan jiwa yang penuh kesyukuran dan semangat kebangkitan pemikiran yang segar, agar darjat serta harakat rakyat terus terangkat menuju Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera," katanya.

Perdana Menteri turut mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu.

“Deepavali Nal Vazhtugal!” katanya mengakhiri hantaran itu.

TETITIA YUSOFF