KOTA BHARU, 23 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menyertai Majlis Bekwoh bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Peringkat Negeri Kelantan 2022 yang diiadiri 5,000 penduduk sekitar Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Peringat, Kota Bharu.
Beliau yang diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa sempat beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.
Hadirin dihidangkan dengan lauk tradisi rakyat di negeri itu, gulai kawah.
Bersempena majlis itu, tiga ekor lembu ditumbangkan dan dimasak oleh penduduk secara bergotong-royonhg sejak awal pagi tadi.
Perdana Menteri juga merasmikan majlis pelancaran rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi, 5G luar bandar pertama di negara ini dan Pusat Latihan Digital Hub Ketereh.
(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menyertai Majlis Bekwoh
bersempena JAKM Peringkat Negeri Kelantan 2022)
Digital Hub Ketereh antara lain menyediakan program dan latihan yang komprehensif termasuk latihan penghasilan dan mengedit kandungan kepada peniaga mengoptimumkan jualan dalam talian.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Digital Hub Ketereh seperti studio penstriman (live-streaming studio), studio penggambaran dan studio untuk pereka fesyen.
Kewujudannya juga memberi satu kelebihan kepada usahawan dan peniaga kecil terpilih untuk mendapat latihan menghasilkan kandungan dan pendedahan menggunakan platform dalam talian yang membolehkan akses kepada pasaran global.