fb fb fb fb fb

Bekas CEO bank ditahan bantu siasatan kes suapan lebih RM24 juta

(Foto SPRM)

PUTRAJAYA, 23 Julai- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah bank bergelar Datuk ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan rasuah SPRM bagi membantu siasatan kes menerima rasuah lebih RM24 juta. Ianya disyaki sebagai balasan meluluskan pinjaman lebih RM294 juta yang dibuat sebuah syarikat tempatan.

Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu merupakan suspek keempat yang ditahan selepas tiga individu termasuk seorang CEO wanita direman berkaitan kes sama pada 19 Julai lalu.

Majistret R.Prabakaran membenarkan suspek keempat tersebut direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 25 Julai 2022 setelah pihak SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Suspek berkenaan telah ditahan di Ipoh pada petang semalam.


(Bekas CEO sebuah bank sebuah bank direman membantu siasatan SPRMĀ 
kerana disyaki menerima rasuah lebih RM24 juta/BERNAMA)

Di mahkamah sama, Majistret turut membenarkan suspek CEO wanita disambung reman selama tiga hari bermula hari ini, manakala dua lagi suspek dibebaskan dengan wang jaminan RM15,000 setiap seorang.

Menurut sumber sama, pasukan siasatan dikatakan telah berjaya mendapatkan kembali hampir keseluruhan wang berjumlah RM24 juta tersebut hasil sitaan wang serta aset walaupun kegiatan tersebut berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

"SPRM turut membekukan sebanyak 22 akaun bank milik individu dan syarikat berjumlah kira-kira RM6.3 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini.

"Wang berjumlah RM16.3 juta milik suspek utama yang disimpan di negara jiran turut berjaya dikesan.

"Kesemua wang berjumlah RM22.6 juta telah dibekukan untuk tindakan selanjutnya sambil menambah operasi ini masih diteruskan di sekitar Kuala Lumpur, Perak dan Sabah.

Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Media Baharu