fb fb fb fb fb

PM sembah tahniah sempena Ulang tahun Keputeraan Rasmi Agong

Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri berkata beliau bagi pihak Kerajaan Perpaduan mendoakan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga baginda kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.

Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan. Dirgahayu Tuanku!,” katanya.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI