fb fb fb fb fb

PM saksi MOU pembangunan semula kem PULAPOT, ARW, 12KPTD dan perumahan SASaR

Majlis Menandatangani MOU perpindahan dan pembangunan semula Kem Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT), Unit Army Red Warrior (ARW) dan Kem 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (12KPTD) serta pembangunan perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) disaksikan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 27 Oktober- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) perpindahan dan pembangunan semula Kem Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT), Unit Army Red Warrior (ARW) dan Kem 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (12KPTD) serta pembangunan perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR). 

Perjanjian, melibatkan pembangunan kompleks baharu yang lengkap, moden dan selesa yang bakal dibina di tapak Mukim Si Rusa, Port Dickson. 

Selain itu, 7374 unit rumah ditawarkan menerusi projek SASar kepada warga kementerian untuk memiliki rumah yang selesa di bawah harga pasaran.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak mewakili Kementerian Pertahanan menandatangani perjanjian tersebut yang turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. 

"Alhamdulillah ini merupakan dasar yang dibuat Kementerian Pertahanan untuk kita menjaga kebajikan dan kesejahteraan anggota dan dalam masa yang sama kerajaan juga akan membina lebih banyak rumah-rumah keluarga dan akan membaik pulih rumah keluarga yang sedia ada,"katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE