KUALA LUMPUR, 15 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar turut mendoakan agar Ke bawah Duli Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah kekal karar (tenang) memerintah Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.
"Semoga hubungan dan kerjasama Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat bersama buat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, Insya-Allah," katanya menerusi kenyataan.