fb fb fb fb fb

ASEAN, rakan dialog perkukuh kerjasama iklim dan bencana

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Julai - ASEAN dan Rakan Dialog mengulangi komitmen memperkukuh kerjasama serantau dalam tindakan iklim, kelestarian alam sekitar dan pengurusan bencana, sejajar dengan tema Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia: "Keterangkuman dan Kemampanan."

Kenyataan ini dikeluarkan susulan Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar (PMC) 10+1 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Julai.

Mesyuarat berkenaan menekankan kerjasama dalam perubahan iklim dan pertumbuhan hijau, pencemaran jerebu rentas sempadan dan marin, biodiversiti, pengurusan sisa dan sumber air, pendidikan alam sekitar dan pembangunan bandar mampan.

ASEAN turut menggalakkan penggunaan pusat kecemerlangan serantau seperti Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ACCC), Pusat ASEAN bagi Biodiversiti (ACB) dan Pengurusan Bencana (AHA Centre) bagi memperkukuh kapasiti serta respons serantau terhadap isu perubahan iklim dan bencana.

Rakan Dialog juga menyatakan sokongan terhadap Pelan Kerja AADMER 2021-2025 serta menantikan kerjasama lanjut menerusi AADMER 2026-2030 dan Deklarasi Pemimpin mengenai Daya Tahan Mampan.

Antara pencapaian utama, Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Korea Selatan (2024), Ulang tahun ke-50 ASEAN-New Zealand (2025), Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pada Mei 2025.

ASEAN turut mengadakan mesyuarat trilateral bersama Brazil, Norway, Switzerland dan Turkiye bagi memperkukuh hubungan dengan Rakan Dialog Sektoral.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI