fb fb fb fb fb

PM pengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025

FOTO RTM

PUTRAJAYA, 6 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Kompleks Kementerian Kewangan di sini.

Mesyuarat itu merupakan platform perundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi menetapkan dasar serta pelaksanaan berkaitan pengurusan kewangan negara.

Antara bidang kuasa majlis tersebut termasuk membincangkan dan memutuskan pemberian kepada kerajaan negeri.

Turut hadir, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, jemaah menteri-menteri besar, barisan ketua menteri serta ahli-ahli mesyuarat.

SITI AISHAH MD ISA