fb fb fb fb fb

PM mahu MOF terap prinsip tata kelola tegas

PUTRAJAYA, 7 Mac- Kementerian Kewangan (MOF) perlu menerapkan prinsip tata kelola yang tegas dalam semua urusan pentadbirannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi mengangkat semula martabat MOF untuk lebih telus melaksana urusan perolehan dan pengagihan peruntukan kewangan kerajaan.

Langkah itu juga bagi mengelakkan amalan memunggah kekayaan dengan menipu dan mengambil kesempatan dengan kontrak yang pernah berlaku sebelum ini.

"Maknanya saya nak Kementerian Kewangan kembali tugas dia tegas dari segi perolehan dari segi pengagihan peruntukan dan sebagainya dan memantau supaya prinsip kewangan itu lebih telus kerana ini menjadi satu misi besar memerangi segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Apapun yang disebut oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang yang cuba melekehkan hal ini saya nak bagitau bahawa ini hal serius dalam negara kalau kita tak betul-betul keras kita akan gagal," kata beliau ketika ditemui media selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Media Baharu