fb fb fb fb fb

PM mahu karya besar ditelaah golongan muda

(Facebook Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 11 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu karya-karya besar ditelaah golongan muda masa kini.

"Tindakan itu bagi melawan kebebalan dan mencambah daya fikir yang kritis," katanya dalam satu hantaran Facebooknya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kartunis terkenal tanah air Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat.

"Terima kasih Datuk Lat. Belum terlambat untuk memupuk budaya membaca," katanya.

Memetik laporan Bernama, Lat menghasilkan karya karikatur memaparkan masyarakat berbilang bangsa membaca buku pelbagai tokoh di ruang pejabat ‘Anwar Ibrahim’.

(FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim)

Karikatur tanpa dialog itu dimuat naik Anwar dalam hantarannya di Facebook, memaparkan lima individu membaca buku tokoh pemikir besar dunia berkaitan Socrates, Confucius, Abu’l Fath Al Busti dan Lao-Tze.

Setakat pukul 3 petang ini, hantaran berkenaan mendapat lebih 13 ribu tanda suka dengan kira-kira 390 perkongsian umum serta menerima lebih 700 komen daripada warga maya.

 

Media Baharu