fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor laksana caruman PERKESO untuk imam, bilal dan noja

Iskandar Puteri, 11 Disember- Kerajaan Johor akan melaksanakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada 5,484 orang bilal, imam, noja, penggerak masjid dan surau, bermula tahun depan.

Usaha itu juga akan diperluaskan kepada seramai 1,733 guru-guru Al-Quran.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, usaha itu kini sedang diperingkat dokumentasi termasuk mendaftarkan mereka yang terlibat di bawah Jabatan Agama Islam negeri.

"Penambahbaikan itu akan disegerakan dan ia tidak memberi kesan kewangan yang tinggi," katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini.


(Usaha itu juga akan diperluas kepada seramai 1,733
guru-guru Al-Quran)

Tambah Mohd Fared, sebanyak RM6.13 juta diperuntukkan Majlis Agama Islam Negeri Johor dan RM6.5 juta daripada kerajaan Johor untuk pembayaran elaun imam, bilal dan noja.

Manakala Jabatan Kemajuan Islam memperuntukkan RM14.8 juta pada tahun ini untuk dibayar kepada imam I dan imam II masjid seluruh Johor.


Media Baharu