fb fb fb fb fb

Melaka bekerjasama dengan Riau wujudkan pakej pelancongan

MELAKA, 11 Disember- Seramai 1 juta pelancong Indonesia dijangka berkunjung ke Melaka tahun depan menerusi pakej pelancongan 'Tukar-Tukar Rasa'.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata program tersebut dianjur kerajaan negeri dengan kerjasama Wilayah Riau.

"Fokus akan diberi kepada subsektor pelancongan kulinari, keluarga dan budaya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Rundown Pameran Riau Tourism 2022 di Bandaraya Melaka.


(Muhammad Jailani menjangkakan pakej pelancongan itu akan
menjadi pakej pilihan utama tahun depan)

Muhammad Jailani menjangkakan pakej pelancongan itu akan menjadi pakej pilihan utama tahun depan.

Media Baharu