KUALA LUMPUR, 5 Mei- Memasuki usia 75 tahun penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), hari ini dilancarkan sambutan ulang tahun BSMM oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut dirasmikan Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM di Kuala Lumpur.
Bertemakan "75 tahun...Sebuah Kisah Kemanusiaan", sambutan ulang tahun kali ini dimulakan dengan perarakan dan kawalan kehormat oleh sukarelawan dan anggota belia BSMM.
Pastinya, pelancaran ulang tahun ke-75 menandakan permulaan sambutan sepanjang tahun, baik di peringkat kebangsaan, mahupun negeri hingga 8 Mei tahun depan, bertepatan dengan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Dunia.
(Anwar (kiri) memeriksa perbarisan kawalan kehormatan Kadet Bulan Sabit Merah
Malaysia bersempena Sambutan Ulang Tahun Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
ke-75 dan Perasmian Ibu Pejabat BSMM di Jalan Wisma Putra hari ini/Foto Bernama)
Turut berangkat, Pengerusi Kebangsaan BSMM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Dalam ucapannya, Yang Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz menekankan kepentingan BSMM dalam berkhidmat untuk negara pada masa diperlukan.
Malah, berbangga dengan sumbangan dan pencapaiannya dalan memberikan bantuan kemanusiaan.
Pada masa sama mempromosikan perkhidmatan kesihatan, kebajikan serta menanam nilai kemanusiaan kepada golongan muda.