fb fb fb fb fb

4,000 tempat letak kereta untuk Rumah Terbuka Malaysia Madani di Pulau Pinang esok

BUKIT MERTAJAM, 5 Mei - Pengunjung yang akan menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani esok di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh tidak perlu risau tentang tempat meletak kenderaan masing-masing.

Hampir 4,000 tempat letak kereta disediakan di UITM Permatang Pauh dan Politeknik Seberang Perai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, bagaimanapun pihaknya memohon kerjasama pengunjung untuk meletakkan kenderaan di Politeknik Seberang Perai sebelum menaiki bas yang disediakan untuk ke UITM bagi acara sambutan.

"Minta tuan-tuan dan puan-puan parkir di kawasan tempat parkir politeknik ,di sana penganjur telah menyediakan sebanyak 5 unit rapid bas akan 'shuttle' bas ini daripada politeknik ke UiTM , manakala lain-lain pengunjung yang datang juga boleh parkir di kawasan UiTM sendiri," kata Tan Cheng San, di sini.

(Tan Cheng San ketika ditemu bual pemberita)

Beliau berkata, sebanyak tujuh buah van disediakan bagi pergerakan pengunjung di dalam UITM manakala lima buah bas disediakan tanpa henti bagi pergerakan dari Politeknik Seberang Perai ke UITM.

Semua pengunjung dimohon untuk mematuhi arahan lalu lintas yang ditetapkan pihak polis dan seramai 245 pegawai terllibat dalam memastikan pergerakan lalu lintas berjalan lancar.

Pihaknya menjangkakan seramai 15,000 hingga 18,000 pengunjung yang akan hadir pada Rumah Terbuka Malaysia Madani esok.

Media Baharu