KEMAMAN, 5 Mei - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat terjunam ke dalam cerun di jalan laluan Cerul, Kemaman, Terengganu petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, mangsa dipercayai dari arah jalan Kampung Cerul menghala ke Kuantan, Pahang.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kenderaan jenis Ford Ranger dipandu Gunalan A/L Sagaran, 40 tahun, dikatakan telah hilang kawalan dan terbabas lalu terjunam ke dalam cerun dengan kedalaman kira-kira 12.7 meter.
Beliau mengesahkan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan dada.
(Gambar menunjukkan Anggota Bomba Dan Penyelamat berada
ditempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa)
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.