fb fb fb fb fb

PM jumpa MB Kelantan, KM Sabah minggu depan bincang isu air

(FOTO HIASAN)

SHAH ALAM, 25 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu pertemuan bersama Kementerian Sumber Asli dan Kementerian Kewangan serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bagi membincangkan dan menyesaikan masalah air yang membelenggu rakyat Kelantan sejak 1990 itu.

Menurut Datuk Seri Anwar, perjumpaan itu akan berlangsung minggu hadapan.

"Isu air di Kelantan, saya sedang mengatur pertemuan antara Kementerian Sumber Asli, Kementerian Kewangan dan Menteri Besar Kelantan serta Ketua Menteri Sabah, mungkin minggu depan"katanya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian di Majlis Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor di Shah Alam.

Sebelum ini Datuk Seri Anwar mengutarakan hasrat Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan isu airdi Kelantan di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kota Bharu pada 12 Mei lalu.

Projek itu akan dilaksanakan segera jika kerajaan negeri memberi kerjasama.

Malah selang beberapa hari pengumuman Datuk Seri Anwar, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengumumkan kerajaan Persekutuan sudah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1 bilion bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu ketika menghadiri rumah terbuka Felcra di Bukit Tiu, Machang, Kelantan.

Peruntukan tersebut disalurkan bermula tahun ini sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu