fb fb fb fb fb

PM jelaskan isu peruntukan ahli parlimen Ahad ini

JOHOR BAHRU, 6 Februari- Isu pengurangan peruntukan kepada ahli parlimen tahun ini dijangka antara isu yang akan dibangkitkan semasa sesi pemukiman Ahli Parlimen Kerajaan, 12 Februari ini.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, 148 Ahli Parlimen akan terbabit sesi berkenaan yang diadakan sehari sebelum Sidang Dewan Rakyat.

"Yang mana perkara itu boleh dibangkitkan ahli parlimen, telah ada jemputan dan saya salah seorang yang akan hadir pada 12 Februari ini dari tengah hari sampai petang.

"Pastinya perkara itu akan dibangkitkan dan kita lihat apa jawapan Perdana Menteri," katanya.

(Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan)

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Dialog Belanjawan 2023 peringkat Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

3 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen akan dikurangkan sebagai langkah mengawal kewangan negara.

Perkara berkenaan mendapat bantahan beberapa Ahli Parlimen.

Media Baharu