fb fb fb fb fb

Lawatan sulung PM dijangka sentuh isu selatan Thailand

(Dr Azmi Hassan berpandangan, Perdana Menteri mempunyai kredibiliti dan kepercayaan
pihak terlibat untuk membantu proses damai)

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand dijangka menyentuh isu kemelut keamanan di selatan negara itu.

Penganalisis politik, Dr Azmi Hassan berpandangan, Perdana Menteri mempunyai kredibiliti dan kepercayaan pihak terlibat untuk membantu proses damai.

Katanya Anwar mempunyai hubungan rapat dan menunjukkan minat tentang apa yang berlaku di selatan Thailand.

"Memerlukan perantara yang menjadi kepercayaan puak pemisah dan Bangkok.. mempunyai kaitan rapat apa yang berlaku di selatan Thailand," kata Azmi ketika dihubungi RTM.

Tambah beliau, lawatan peribadi Anwar sebelum menjadi Perdana Menteri juga adalah bukti kesungguhan beliau untuk membantu menyelesaikan perkara itu.

Malaysia sebelum ini berperanan sebagai fasilitator bagi dialog proses damai kepada konflik yang meletus pada Januari 2004 di wilayah selatan Thai di Narathiwat, Yala, Pattani dan sebahagian Songkhla.

(Lawatan sulung Perdana Menteri dijangka sentuh isu selatan Thailand)

Media Baharu