fb fb fb fb fb

Penambahan lorong laluan lebuh raya di Johor dalam perbincangan - MOF

ISKANDAR PUTERI, 6 Februari- Satu pertemuan bersama pengendali Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan dibuat Kementerian Kewangan bagi berbincang mengenai penambahan lorong laluan lebuh raya di Johor.

Pertemuan pada minggu ini diadakan bagi membuat susulan dan mendapatkan maklum balas berkenaan permohonan Johor supaya laluan Yong Peng-Skudai ditambah daripada empat kepada enam lorong.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, permohonan ini dibuat berikutan kesesakan trafik yang berlaku setiap masa dengan pertambahan pengguna dan kenderaan yang luar biasa di Johor.

"Kita lihat dari Melaka ke Seremban sudah ada enam lorong, dari Seremban ke Kuala Lumpur sudah ada lapan lorong. Tetapi tiba ke negeri Johor hanya ada empat lorong, sedangkan Johor memberikan sumbangan cukup besar kepada kekayaan negara, pendapatan negara," katanya.

(Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 peringkat Johor di Kota Iskandar, di sini.

Tambah beliau, perbincangan ini akan memberi pemberat kepada cadangan yang sudah lama dibuat oleh Johor, mengenai kaedah pelaksanaannya untuk direalisasikan.

Media Baharu