fb fb fb fb fb

PM ingatkan semua pihak hormati keluruhan dan kedaulatan undang-undang

Keputusan AGC dibuat mengikut lunas undang-undang / Foto RTM

LANGKAWI, 12 Disember - Semua pihak diingatkan untuk menghormati keluhuran dan kedaulatan undang-undang.

Peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merujuk keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram.

"Keputusan AGC dibuat mengikut lunas undang-undang selepas mendapati asas kepada kes berkenaan, adalah lemah.

"Saya ingin mengingatkan rakan-rakan, baik pembangkang atau kerajaan atau pun badan kerajaan badan guaman harus ingat bahawa prinsip keluhuran perlembagaan kedaulatan undang-undang mesti dipelihara. Janganlah kerana tidak senang dengan satu dua kelompok, maka kita mesti putuskan ikut selera politik masing-masing,"katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nur Al-Hidayah, Kuah.

FAUZIAH ABD RAHMAN