fb fb fb fb fb

PM hadiri perjumpaan bersama 4 pemimpin tertinggi UMNO

KUALA LUMPUR, 30 September- lima pemimpin tertinggi UMNO mengadakan pertemuan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, petang tadi.

Pertemuan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO.

Pertemuan dipercayai membincangkan mengenai Pilihan Raya Umum ke-15.


(Facebook rasmi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaparkan gambar kelima-lima pemimpin tertinggi)

Menerusi hantaran Facebook rasmi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaparkan gambar kelima-lima pemimpin tertinggi parti itu.

Selain Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Mohamed Khaled, pemimpin tertinggi UMNO yang hadir ialah Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Pada sebelah malam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pula akan diadakan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Mesyuarat MT UMNO yang dijadualkan 17 September ditangguh dan dijadualkan semula pada hari ini.

Media Baharu