fb fb fb fb fb

PM hadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai ketika hadir
pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah/BERNAMA)

KOTA KINABALU, 30 April- Kira-kira lebih 20,000 masyarakat sekitar Kota Kinabalu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani, anjuran Kerajaan Negeri Sabah bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba sekitar 11.00 pagi di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu.

Program diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah 2023 juga turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Hajiji Noor ketika hadir
pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah/BERNAMA)

Media Baharu