fb fb fb fb fb

Fokus tiga KPI menerusi Pelan Induk OSH 2020-2025 mampu dicapai

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 30 April- Tiga Petunjuk prestasi Utama (KPI) yang diberi tumpuan menerusi Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) 2021-2025, mampu dicapai menjelang hujung tahun 2025.

Keyakinan itu disuarakan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Ir Zamzurin Maarof.

Tambah beliau, KPI tersebut bertujuan mengurangkan kadar kemalanga maut sehingga 2.93 peratus bagi setiap 100,000 pekerja, di samping mengurangkan kadar kecederaan kepada 2.13 peratus bagi 1,000 pekerja dan meningkatkan diagnosis penyakit pekerjaan dan pelaporan sehingga 30 peratus.


(Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Ir Zamzurin Maarof)

Justeru semua pihak diharap terus menyokong dan berkerjasama melindungi hak pekerja dalam persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif sekali gus mewujudkan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan baik.

"Kita amat berharap insya-Allah dengan adanya sokongan pihak majikan dan industri dan berdasarkan pada dua tahun yang lepas memang kita berada di landasan yang betul dan insya-Allah menjelang hujung tahun 2025, tiga KPI itu kita harap kita akan capai", katanya.

Ir Zamzurin berkata demikian dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Media Baharu