LABUAN BAJO, 10 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hotel Meruorah Komodo Labuan Bajo untuk sesi pleno dan pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-42.
Beliau yang tiba dengan menaiki kenderaan eletrik (EV) pada pukul 8.20 pagi disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo disusuli pemimpin ASEAN yang lain.
Sebanyak lapan pemimpin negara ASEAN hadir ke sidang kemuncak itu kecuali Mynmar yang tidak dijemput dan Thailand yang sedang melalui proses pilihan raya umum.
Manakala pemimpin dan delegasi Timor-Leste pula hadir sebagai pemerhati.
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo
ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di sini / Foto BERNAMA)
Bertemakan 'Asean Matters: Epicentre of Growth', pertemuan para pemimpin ASEAN pada sidang kemuncak tersebut dijangka memfokuskan beberapa isu penting bagi meningkatkan pembangunan rantau ASEAN di samping mengukuhkan ekonomi pascapandemik COVID-19.