fb fb fb fb fb

PM hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2024

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2024 yang dianjurkankan di Wisma MCA hari ini.

Beliau yang tiba pada pukul 9.50 pagi disambut Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong selaku tuan rumah pada majlis berkenaan sambil diiringi persembahan tarian singa.

Selain itu, turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.

Sama-sama memeriahkan sambutan, beberapa pimpinan parti politik dan anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan antaranya Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Majlis bermula dengan kesemua tetamu menggaul ‘Yee Sang’ sebagai simbolik sambutan perayaan tersebut diikuti dengan persembahan kebudayaan.

Dianggarkan lebih 500 orang hadir menyerikan lagi sambutan kali ini dengan Perdana Menteri turut meluangkan lebih 40 minit pada majlis berkenaan.

Pada akhir majlis, Datuk Seri Anwar merakamkan ucapan penghargaan kepada Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan mendoakan semuanya baik.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE