KUALA LUMPUR, 10 Februari- Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan itu hari ini, dengan harapan kedatangan tahun naga akan membawa kebahagiaan dan rezeki yang bertambah.
Beliau turut menasihati orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman ataupun bercuti bersama keluarga supaya merancang perjalanan dengan baik.
“Sempena tahun naga yang disambut pada tahun ini, saya berharap agar perayaan Tahun Baharu Cina 2024 akan membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah.
“Bagi yang ingin pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga, sila rancang perjalanan dengan baik. Semoga selamat tiba ke destinasi yang ingin dituju.
"Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.