fb fb fb fb fb

PM berpuas hati tahap kemajuan pembinaan LCS

Foto FB Anwar Ibrahim

LUMUT, 15 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan tahap kemajuan pembinaan Kapal Tempur Persisir (LCS) oleh Lumut Naval Shipyard (LUNAS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang membanggakan.

Beliau berkata, ia adalah bukti kerajaan meletakkan aset keselamatan negara sebagai keutamaan dan mementingkan tatakelola serta menekankan aspek tadbir urus yang baik.

"Sebab itu saya setuju untuk meneruskan projek LCS di bawah pengawasan Kementerian Kewangan, kerana pengalaman lalu (kelewatan) itu memang melelahkan. Itu sebab pengurusannya, tatakelolanya, sebab rasuahnya," katanya ketika berucap pada Program Kenduri Rakyat Menyantuni Warga TLDM Lumut sempena Program MADANI Rakyat 2025 Perak di Dewan Shariff, Pangkalan TLDM Lumut di sini, hari ini.

Sementara itu beliau menambah, kerajaan juga sentiasa mengambil berat keperluan menambah baik aset- aset pertahanan negara, dan untuk tujuan itu kementerian pertahanan adalah antara kementerian diberikan peruntukan terbesar dalam belanjawan setiap tahun.

β€œIni antara tiga (kementerian diberi peruntukan) terbesar. Yang pertama pendidikan, kedua kesihatan dan ketiga pertahanan. Untuk tahun 2025 sahaja RM21.2 bilion ringgit, bayangkan bukan kecil bagi negara yang berkembang, kita beri peruntukan yang besar,” katanya.

SYUHADA BINTI CHEK HASHIM