KUALA LUMPUR, 7 Februari - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat jumaat bersama-sama lebih 1,000 jemaah di Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati, Ampang.
Beliau yang tiba pada pukul 1.30 tengah hari itu disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman dan pengurusan masjid.
Beliau bersama-sama jemaah kemudian mendengar khutbah bertajuk "Memperkasa Wakaf, Membangun Ummah" yang disampaikan oleh Imam Ustaz Fahmiz.
Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa beramah mesra bersama jemaah yang hadir sebelum menjamu selera di sebuah Medan Selera berdekatan.