PM jalani pemeriksaan perubatan, dipantau rapi dua hari

Foto FB Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri akan dipantau rapi selama dua hari bagi memastikan tahap kesihatan baik dan stabil.
  • Segala prosedur dijalankan mengikut nasihat dan penilaian pakar perubatan yang mengendalikan rawatan beliau.
  • Orang ramai diminta mendoakan kelancaran pemeriksaan serta kesihatan berpanjangan agar beliau dapat kembali bertugas seperti biasa.
  • Kenyataan ini dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah hari ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, beliau dijangka berada di bawah pemantauan rapi selama dua hari bagi memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik dan stabil.

Kenyataan itu turut memaklumkan, segala prosedur yang dijalani adalah mengikut nasihat serta penilaian pakar perubatan yang mengendalikan rawatan beliau.

Sehubungan itu, orang ramai diseru untuk bersama-sama mendoakan agar segala urusan pemeriksaan tersebut dipermudahkan dan Perdana Menteri dikurniakan keafiatan berpanjangan.

“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudahkan dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat, Insya-Allah,” menurut kenyaataan tersebut.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.