fb fb fb fb fb

PM Hun Sen sambut PM Anwar di Peace Palace

(Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hun Sen)

PNOM PENH, 27 Mac- Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pukul 9.05 minit pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatannya di Kemboja dengan berkunjung ke Peace Palace.

Ketibaan beliau disambut rakan sejawatnya, Hun Sen.

Acara dimulakan dengan sambutan rasmi lagu kebangsaan kedua dua negara dimainkan diikuti lintas hormat.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan pertemuan dua hala bagi membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa disusuli sidang media bersama untuk memaklumkan hasil perbincangan 

Selain itu, kunjungan ke Kemboja ini turut menyaksikan pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) berkaitan urusan pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja Kemboja bagi sektor domestik serta sektor formal yang akan memperkasakan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam sektor perburuhan.


(Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir)

Media Baharu