fb fb fb fb fb

Banjir: Lima inisiatif bantuan diumum kerajaan Johor

(Foto fail)

JOHOR BAHRU, 27 Mac- Lima inisiatif bantuan diumumkan kerajaan Johor, khusus kepada penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata inisiatif bantuan melibatkan persetujuan Syarikat Ranhill SAJ yang memberikan diskaun 40 peratus bagi pembayaran bil air, bulan Mac dan April.

Turut dibantu, pengecualian bayaran RM250 bagi penggantian dokumen penting yang hilang dan musnah disebabkan banjir.

Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) berjumlah RM2,500 mula disalurkan secara berperingkat kepada Ketua Isi Rumah, awal April. 
 
"Pembayaran Bantuan Wang Ihsan Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan selesai pada bulan Mac, kecuali daerah Batu Pahat dan Segamat yang dijangka selesai pada awal April kerana bilangan penerimanya jauh lebih ramai daripada daerah-daerah lain.

"Bantuan RM1,300 ini untuk setiap Ketua Isi Rumah akan melibatkan peruntukan berjumlah RM34.2 juta," katanya.

(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan mesyuarat keempat, penggal persidangan kedua Dewan Negeri Johor ke-15 di Iskandar Puteri, hari ini.

Onn Hafiz turut memaklumkan, moratorium berlanjutan selama enam bulan, sama seperti diumumkan sebelum ini.

Media Baharu