fb fb fb fb fb

Anwar dan Khabib bincang pembangunan ummah

Khabib Nurmagomedov dan Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan di Putrajaya malam ini

PUTRAJAYA, 30 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan bekas juara dunia lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) Khabib Nurmagomedov di Kompleks Seri Perdana di sini malam ini.

Pertemuan selama satu jam itu banyak membincangkan mengenai hal ehwal agama Islam, pembangunan ummah dan isu Palestin.

Khabib tiba sekitar pukul 6:30 petang dengan disambut mesra oleh Perdana Menteri sendiri.

Setelah menjamu selera, Anwar menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama Khabib yang diimamkan oleh Ustaz Abdul Karim di Masjid Putra.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA