fb fb fb fb fb

PLUS sambut baik keputusan berhubung tol percuma sempena Deepavali

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,10 November- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyambut baik keputusan kerajaan berhubung pemberian kemudahan tol percuma selama dua hari bermula tengah malam ini sempena cuti sambutan Deepavali.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Nik Airina Nik Jaffar, dalam kenyataan berkata tol percuma ditawarkan kepada semua kelas kenderaan selama dua hari bermula pukul 12.01 pagi, 11 November 2023 sehingga pukul 11.59 malam, 12 November 2023.

Beliau berkata lagi tol percuma dapat dinikmati pengguna lebuh raya di 92 plaza tol sepanjang lebuh raya kendalian PLUS dan di 10 plaza tol Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

"Bagaimanapun faedah ini tidak ditawarkan di plaza tol Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuh Raya Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)", katanya dalam kenyataan.

"Pengguna masih perlu melakukan kaedah sama seperti biasa dan memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan mod pembayaran tol yang sama, namun pihak konsesi tidak akan mengenakan bayaran tol.

Beliau turut menasihati pengguna kad 'Touch n Go' supaya memeriksa status kad mereka sebelum perjalanan bagi memastikan kad mereka masih aktif.

Selain itu, pengguna juga dinasihatkan supaya mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan yang telah dikeluarkan pihak PLUS bagi mengelakkan kesesakan.

ROSLINA BINTI DIN