KUALA LUMPUR, 7 Februari- Usahawan perlu lebih kreatif dan menggunakan platform media untuk meningkatkan pendapatan.
Pengurus Kanan Tunas Indah Niaga, Muhammad Nazri Abdullah berkata disamping mempromosi produk, usahawan harus berani menonjolkan diri selari dengan perubahan semasa.
Beliau berkata platform media sosial kini mampu menarik minat pelbagai generasi menambah ilmu, sekali gus menjadi pemangkin untuk mereka mula berjinak ke arah keusahawanan digital.
"Zaman sekarang kita mengggunakan media sebagai platform untuk kita mempromosikan produk-produk kita. Kita ada TikTok, kita ada FBAd dan pelbagai lagi. Media-media yang ada sekarang dapat membantu peniaga-peniaga, usahawan-usahawan untuk meningkatkan lagi jualan produk mereka", katanya.
Beliau ditemui selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia, di Angkasapuri.