KANGAR, 7 Februari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis berjaya mengurangkan sembilan kesalahan utama bawah akta pengangkutan jalan yang sering dilakukan pengguna jalan raya di negeri itu.
Ia termasuk kesalahan melanggar lampu isyarat dan juga kesalahan membuat pusingan U yang sering menyebabkan berlaku kemalangan maut terutama di musim perayaan.
Pengarah JPJ Perlis Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, pihaknya mendapati kebanyakan kemalangan maut yang berlaku di negeri itu adalah berpunca daripada kecuaian dan kedegilan pengguna jalan raya.
Dengan pelaksanaan penguatkuasaan dan advokasi yang dilakukan JPJ Perlis, kesalahan berkenaan berjaya diturunkan kepada 20 peratus pada tahun ini.
"Kita mengambil tindakan terhadap sembilan kesalahan utama, di Perlis ini kita ada yang ramai yang tidak mematuhi lampu isyarat dan keduanya membuat pusingan U di mana-mana tempat.
"Dua kesalahan ini paling banyak berlaku di perlis hingga menyebabkan berlaku kemalangan. Alhamdulillah kita dapat menurunkan ke tahap yang minimum ada berlaku tetapi msih boleh dikawal," katanya selepas meninjau Operasi bersepadu sempena Tahun Baru Cina yang di jalankan di sekitar Kangar.
Bagaimnapaun kesalahan utama berkenaan turut dilakukan kenderaan lain termasuk kereta, lori dan juga penghantar makanan.